Wednesday, November 7, 2012

Bermulanya di Sini

Chapter 1

There are places I remember 
All my life, though some have changed 
Some forever not for better 
Some have gone and some remain 
All these places have their moments 
With lovers and friends I still can recall 
Some are dead and some are living 
In my life I've loved them all 

But of all these friends and lovers 
There is no one compares with you 
And these memories lose their meaning 
When I think of love as something new 
Though I know I'll never lose affection 
For people and things that went before 
I know I'll often stop and think about them 
In my life I love you more 

Though I know I'll never lose affection 
For people and things that went before 
I know I'll often stop and think about them 
In my life I love you more 
In my life I love you more
          

           Kedengaran murid murid tingkatan 5 Jaya menyanyi lagu In My Life dari the Beatles membuatkan mereka teringat dengan kenangan yang mereka hadapi sebelum ini. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada suatu ketika mereka semua bermasam muka dan pelbagai konflik yang mereka tempuhi dan akhir sekali mereka kehilangan seseorang yang semua sayangi.  

                 Cikgu Aminah berdiri di belakang pintu masuk kelas 5 Jaya melihat wajah anak anak muridnya yang begitu ceria sekali. Dia tahu apa sebalik maksud lagu yang di nyanyikan oleh mereka tadi. Semuanya bermula pada tahun lepas, bermulanya mereka mengenali satu sama lain di tingkatan 4 Jaya


Setahun lalu, bermulanya sesi persekolahan 


   "Seronoknya!!! Akhirnya kita bersatu semula!" Liyana atau lebih dikenali sebagai Yana begitu gembira sekali kerana dua rakan karibnya sama sekelas dengannya semula. Mereka terpisah semenjak memasuki tingkatan 2 dan Liyana berasa sungguh sunyi tanpa mereka berdua. Syuhada dan Diyana memeluk Liyana dengan sekuatnya. "This gonna be the best year ever!" jerit mereka bertiga. 
   Di dalam suasana kelas yang begitu riuh rendah, ada yang duduk di tepi tingkap sambil merenung jauh. Fara yang sudah 3 tahun duduk berseorangan di tepi tingkap tanpa menghiraukan tentang pelajar lain. Dia hanya fokus terhadap pembelajarannya. Jauh disudut hatinya, dia inginkan seorang rakan tetapi dia tidak mahu bermain main dan hilang fokus. Dia ada maklamat yang dia ingin capai. Di depan Fara pula, seorang lagi yang suka berdiamkan diri semenjak sekolah rendah lagi. Mike adalah seseorang yang suka melihat gelagat pelajar lain. Dia sentiasa memerhati setiap perbuatan rakan rakan sekelasnya dan tidak akan masuk campur urusan mereka.
     "Ke tepi ke tepi!! Nadia the awesome mahu lalu" Mereka semua berhenti seketika dan melihat rakan sekelas mereka yang baru masuk dengan attitude yang begitu diva sekali. Satu sekolah tahu dengan sikap diva beliau, dia adalah pelajar paling terkenal di Sekolah Menengah Taman Melawati. Kadang-Kadang perangai beliau membuatkan orang lain berasa meluat.
     "You! Move! This is my place" Kata Nadia sambil menyuruh seorang budak perempuan itu duduk di tempat lain. Pelajar perempuan itu tidak mahu bergaduh dengan Nadia, lalu dia mengambil beg dan mencari tempat yang masih lagi belum di ambil. Nadia memberikan senyuman kepada dia dan terus duduk dengan sopan sekali. 
      "Awak boleh duduk di sebelah saya" Kata Nina kepada pelajar perempuan tadi. "Nama saya Nina, orang panggil saya nenot tapi saya tak kisah" 
      "Terima kasih Nina. Nama saya pula ialah Siti Hajar tapi kenapa mereka panggil awak nenot?" Siti Hajar mengambil tempat di sebelah Nina. Siti Hajar adalah budak baru di kelas tingkatan 4 Jaya, dia berasa janggal berada di sekolah baru dan cuba untuk mencari kawan baru. Dia berasa dia dapat berkawan dengan Nina kerana sikapnya yang begitu riang sekali. Muka Nina yang sentiasa senyum itu, perasaan janggal itu mula hilang dari diri dia
     "Orang panggil dia nenot kerana sikap carefree dia. Maaf sebab tiba tiba masuk campur. By the way, I'm Khai and you're cute" Khai yang duduk di belakang Nina cuba mengurat Siti Hajar. "Khai nie kawan baik Nina semenjak zaman sekolah rendah lagi. Kita orang nie memang buddy buddy tak boleh berpisah. Percaya tak, dari sekolah rendah hingga sekarang, kita orang tak pernah tak sama kelas" Siti Hajar rasa agak sukar nak percaya tetapi dalam dunia ini, apa apa boleh berlaku.
     "Wow, korang mesti rasa bosankan setiap tahun duduk di dalam sama kelas"
     "Never!" kata Nina dan Khai serentak. Mereka bertiga gelak mesra. Di situ terjalinlah persahabatan baru yang mula berputik. Tidak jauh daripada mereka bertiga, terdapat satu kumpulan lelaki yang terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki. Saiful seorang pelajar yang pandai memimpin orang lain dan agak nakal. Amir adalah penasihat beliau dan suka bermain prank terhadap orang lain. Pelajar lain memanggil dia The Trickster tetapi dia lebih suka di panggil Kapten Lanun. Rizal pula suka menjadi mata dan telinga terhadap sekelilingnya. Lebih banyak dia tahu, lebih banyak dia akan kenakan orang. Selalunya dia akan dapat semua maklumat dari satu kumpulan yang lebih di kenali sebagai the Gossip Corner.
      Mereka selalu berada di tepi pintu bahagia belakang kelas kerana mudah untuk lari keluar daripada kelas. Zeela adalah ketua kumpulan, dia juga ada sedikit jatuh hati dengan Rizal. Tiada siapa tahu kecuali dua rakan karibnya iaitu Ita dan Eza. Pelajar lain terpaksa berhati hati dengan mereka bertiga kerana mereka ini suka buat kecoh yang boleh berlarut sampai seminggu atau 2 minggu. 
      Pelajar yang pernah terkena dengan mereka adalah Zakwan. Hati Zakwan berasa sungguh hampa kerana sama kelas dengan mereka semula. Dia mendapat tamparan hebat daripada mereka bertiga ketika mereka sama kelas pada tingkatan dua. Zakwan ingin melupai peristiwa itu kerana pada masa itu adalah zaman paling gelap bagi beliau. Dia di buli oleh rakan rakan sekelasnya. Sekarang Zakwan terpaksa menjauhikan diri daripada mereka bertiga terutama sekali Zeela. Zakwan berasa lega seketika kerana terdapat dua wajah yang senyum kepada dirinya.
      Dua orang yang selamatkan Zakwan semasa dia perlukan seseorang untuk kembalikan semangatnya. Fared atau Aed (Liyana suka memanggil dia Paed) dan juga Raja adalah penyelamat beliau. Mereka berdua teramat cerdik tetapi mereka semua panggil dia orang 'Dork'. Di sebabkan mereka berdua amat meminati komik komik, mereka telah digelar sebagai Batman and Robin. Dua dua bergaduh untuk mendapatkan watak Batman tetapi rakan sekelas mereka tahu Aed ialah Batman dan Raja adalah Robin. Aed lebih macho dan lebih gagah daripada Raja. Raja lebih kepada kepintaran terhadap komputer. Ramai tidak sangka kerana pelajar perempuan lebih menyukai Raja daripada Aed walaupun Aed lebih hensem daripada Raja. Tetapi dengan kesengalan Raja, dia menampakkan sungguh comel.
       Aed tahu dia kalah dengan Raja tetapi dia tidak boleh kalah dengan seseorang iaitu Daniel. Semua orang tahu Liyana amat menyukai Daniel cuma dia sahaja yang tidak perasan. Daniel adalah seseorang yang semua pelajar perempuan yang mahukan. Dia amatlah penyayang, jujur dan suka menjaga hati orang lain. 
      Semuanya gembira pada hari pertama persekolahan kecuali seseorang. Pertama kali Zafirah menjejaki kaki beliau ke dalam kelas 4 Jaya, dia tidak percaya dia akan berada di dalam kelas ini tanpa sahabat baiknya. Dua orang sahabat Zafirah telah berpindah ke sekolah asrama penuh. Zafirah ingin mengambil tempat di sebelah Nadia tetapi di tolak oleh Nadia. "This seat is for my bag and my bag ONLY!" Zafirah memberi renungan yang nafas kepada Nadia. Nadia menghiraukan pandangan tersebut dan terus sambung membuat kerja beliau. 
    Zafirah mengambil keputusan duduk di tepi pintu hadapan kelas. Belakang Zafirah pula ialah Hafizul yang mempunyai perwatakan yang sama seperti Nadia tetapi kata kata dia boleh membuat orang lain terasa. Zafirah juga begitu, dia amat terkenal dengan lidahnya yang begitu tajam. Ramai tidak ingin mendengar perkataan yang akan keluar daripada mulut Zafirah. Dia amat cerdik mencari perkataan yang boleh membuat orang lain sakit hati.
     "Inilah nasib ku yang sama kelas dengan budak budak hingusan" Hafizul terdengar kata kata Zafirah lalu dia berkata "Selamat datang dunia ku. Awak nampak keseorangan pada tahun ini, care to be my friend?"
      Zafirah pandang ke arah mata Hafizul dan lalu berkata "If you stop being a delusional queen just like her" Zafirah menunjuk ke arah Nadia yang sedang menulis lirik sendiri dan semuanya tentang dirnya sendiri "I think I can be your friend"
     "I think I can accept that" Hafizul memberi senyuman yang penuh dengan muslihat. Sedang mereka semua sedang rancak berbual, mereka tidak menyedari dengan kehadiran guru tingkatan mereka iaitu Cikgu Aminah. 
     Cikgu Aminah melihat mereka semua dengan penuh semangat dan tidak sabar hendak mengenali pelajar pelajarnya.  






No comments: