Monday, November 12, 2012

Chapter 2

Chapter 2

     
    "semua boleh senyap" kata Cikgu Aminah sambil meletak buku-bukunya di atas meja yang di sediakan khas untuk guru. Pelajar -pelajar 4 Jaya terus kembali ke tempat masing-masing dengan senyapnya. 
    "Kamu semua sudah tahu nama cikgu dan cikgu hanya tahu sebahagian daripada kamu. Saya akan mengajar kamu bahasa English" Matanya memandang ke arah Aed, Raja dan Eza. Tahun lepas Cikgu Aminah mengajar mereka bertiga dan kali ini dia dapat mengajar mereka lagi. Sebelum Cikgu Aminah berkata sesuatu, Nadia terus angkat tangan dan terus sahaja berdiri. Semua semua memandang Nadia dan di dalam kepala masing masing mula tahu apa akan terjadi seterusnya kecuali Siti Hajar.
     "Cikgu, sebelum cikgu melantik ketua dan penolong ketua tingkatan. Saya ingin katakan, saya sangat sesuai untuk menjadi ketua tingkatan dan manakala penolong saya, saya ingin sangat bekerjasama dengan Amir. Saya pastikan semua kerja-kerja sebagai ketua tingkatan akan dijalankan dengan sempurna." Nadia terus tersengih dengan bangganya membuatkan Zafirah merasa meluat. Amir sudah tahu yang Nadia akan melantik dia sebagai penolong ketua tingkatan tetapi semuanya di tolak. Sudah 2 tahun Nadia buat begitu tetapi tidak pernah sekali pun berjaya. Amir berdoa banyak-banyak agar tidak menjadi kenyataan. Saiful dan Rizal tergelak melihat wajah Amir yang sedang berdoa itu. 
      Cikgu Aminah melihat gelagat pelajarnya sebentar tadi, dia mula teringat guru lain cerita tentang Diva Sekolah iaitu Nadia. "Kamu Nadia binti Sulaiman?" 
       "Yea Cikgu. Saya adalah Nadia the awesome! Saya ingin menjadi seseorang yang berjaya dalam semua bidang. Saya juga ingin mendapatkan perfect score untuk SPM tahun depan dan semuanya mesti perfect, PERFECT! kerana saya ingin memasuki university yang saya sangat indam-indamkan selama ini." Cikgu Aminah rasa bangga dengan azam Nadia. Sebelum dia bercakap, Nadia sambung lagi dengan kata-katanya.
       "Dengan itu, saya juga tidak akan putus asa untuk menjadi ketua tingkatan walaupun sudah 2 tahun di tolak. Tetapi kali ini saya akan berperang untuk mendapatkan jawatan itu. Amir sangat sesuai menjadi penolong saya dan dia juga nampak comel" Nadia memandang Amir sambil mengelipkan mata kepada dia. 
       "Oh please, Amir bukannya comel sangat pun" Zafirah menjelingkan mata. Hafizul mengangguk sebagai tanda setuju. 
       "Bukan ke aku yang comel mengikut kata-kata budak perempuan lah" bisik Raja kepada Aed. Khai yang duduk di belakang mereka berdua tergelak seketika. "Yes Raja, you're cute as always" bisik Khai kepada mereka berdua.
       "Sudah-sudah!!! Biar Cikgu sahaja yang memilih siapa akan menjadi ketua dan penolong ketua tingkatan" Semua menjadi senyap sebentar, Nadia membuat muka tidak puas hati dengan cikgunya. Sedang Cikgu Aminah hendak memilih ketua tingkatan 4 Jaya, dia terdengar ketukan dari pintu kelas.
       Seorang pelajar lelaki yang belum mereka kenali sedang berdiri di luar pintu kelas. Pelajar itu agak tinggi lampai dan dari segi mukanya kelihatan seperti pelajar nakal. 
       "Silakan masuk, kamu mahu apa?" 
       "Saya dimasukkan ke dalam kelas ini" kata pelajar tersebut. 
       "Nama kamu?" 
       "Nama saya Izhar bin Mohd. Yusuf. Kamu semua boleh panggil saya Ujang" kata Izhar sambil memberikan senyuman manis. 
       "Baiklah Izhar, kamu boleh mengambil tempat duduk yang kosong" Izhar nampak sebelah tempat duduk Khai kosong, lalu dia pergi mengambil tempat itu. "Hai, saya Khai" kata Khai sambil menghulurkan tangan. Izhar menjambat tangan Khai dengan rasa kekok.  
      "Ok ok, sambung balik dengan apa yang cikgu hendak cakapkan tadi. Cikgu telah membuat keputusan untuk memilih.-"
      "SAYA!!" jerit Nadia dengan kuatnya. 
      "Tak habis lagi ke queen delusional.  Awak dan suara awak sungguh annoying! so shut up! bukannya semua jawatan awak perlu miliki" Zafirah berasa sungguh geram dengan Nadia. Dia sendiri menyesal kerana satu kelas dengan Nadia baru lah tahu kenapa tidak ramai suka dengan perwatakan dia. 
      Nadia berdiam diri dan juga berasa sungguh geram dengan kata-kata Zafirah tadi. Cikgu Aminah mula rasa pening dengan pelajar-pelajarnya. Tidak pernah dalam seumur hidupnya dia menjadi guru tingkatan yang penuh dengan aura negatif. 
    "Nadia, saya tidak akan memilih kamu sebagai ketua tingkatan walaupun kamu ada azam yang bagus tetapi perwatakan kamu membuat orang lain rasa marah. Saya sudah membuat keputusan untuk memilih Fared sebagai ketua tingkatan. Saya kenal kamu dari tahun lepas lagi dan saya tahu kamu akan dapat melaksanakan jawatan sebagai ketua tingkatan dengan sempurna"
    Nadia memandang ke arah Aed dengan tidak puas. Aed berasa terharu kerana pertama kalinya dia di pilih.
      "YES! saya tidak akan menghampakan cikgu" Raja menepuk tangan tanda sokongan terhadap pilihan cikgunya tadi. Pelajar lain juga setuju dengan pilihan cikgu Aminah kecuali Nadia yang masih lagi dalam kemarahan yang amat membara. 
      "Cikgu, kalau begitu saya boleh memilih penolong saya? Saya ingin memilih side-kick saya iaitu Robin.. eh, maksud saya Raja Nazri" Raja terus membuat muka kerana dia memang tidak mahu menjawat mana-mana jawatan. 
      "Cikgu, saya menolak. Kalau boleh, biarlah Syu menjadi penolong. Dia lagi tegas daripada Aed" kata Raja. 
      Syu yang sedang duduk di sebelah Diyana sangat gembira. Akhirnya dia dapat mengarah orang membuat kerja. "Saya terima!" kata Syu sambil mengangkat tangan dengan gembiranya.
     "Baiklah, saya berharap kamu berdua dapat menjalankan tugas dengan lancarnya dan tugas kamu berdua adalah melantik pelajar lain untuk jawatan ketua kebersihan, keceriaan dan AJK. Kalau boleh 3 orang untuk jawatan AJK. Ketua kebersihan nanti boleh bahagiakan jadual tugas kelas" Cikgu Aminah tersenyum dan menulis nama mereka berdua di ruang ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan.

----------------------------------------------------
       
     Pada hari pertama persekolahan, tiada kerja-kerja sekolah di bahagikan. Semuanya hanyalah perkenalan antara guru dan murid. Mereka semua diberikan jadual waktu. Cikgu Aminah memberi mereka waktu untuk untuk membuat kerja yang faedah sebelum loceng rehat berbunyi.
     Aed dan Syu mulai bincang untuk pemilihan jawatan yang lain. Diyana dan Liyana menjadi tukang sibuk. Mereka tahu mereka berdua tidak akan dipilih kerana ingin mengelakkan Syu di gelar pilih kasih. 
     "Apa kata kita bagi Nina sebagai ketua keceriaan" 
     "Aku setuju, lagipun dia memang seorang yang ceria" Memang benar kata Aed, mereka tidak pernah melihat Nina dengan muka sedih atau marah. Nina selalu membuat orang lain berasa gembira dan tenang. Dia jenis yang senang hendak berkawan dengan semua orang. 
     "Ok, ketua kebersihan pula... ada cadangan?" kata Aed
     "Saya ada!" kata Liyana. "Apa kata kita lantik seseorang yang tegas seperti Syu" Mata dia terus memandang ke arah Saiful. Semua orang tahu Saiful adalah jenis yang nakal tetapi ketegasan beliau tetap ada. "Saiful? Boleh tetapi dia nak ke?" Mereka berempat berfikir sebentar.

     Sedang mereka berempat berbincang di belakang, Zafirah di depan berasa sungguh bosan. Dia mulai rindu dua rakan karibnya. Walaupun Hafizul mengajak menjadi kawan dia, Zafirah berasakan dia perlukan rakan perempuan. Dia melihat ketiga pelajar perempuan yang duduk di belakang sekali iaitu Zeela, Ita dan Eza. 
     "berkawan dengan dia orang? no way" kata Nadia dengan pelahannya. Dia dan Zeela bukanlah rapat sangat, dia berasa mereka bertiga lebih teruk daripada dirinya. Zeela pernah buat sesuatu yang memalukan dirinya pada 2 tahun lalu. Dia masih lagi tidak boleh lupakan kejadian tersebut. Adakah mereka semua masih ingat lagi apa yang berlaku 2 tahun lepas atau mereka sudah lupakan tentang kejadian itu. 
     "Dari wajah tue, boleh dikatakan ada sesuatu yang Zafirah sedang fikirkan" kata Hafizul. Zafirah terus berubah muka dan buat-buat tahu. "Come on, care to share?" 
     "There's nothing to share" Zafirah mengeluarkan buku teks sejarah dan terus membacanya. Dia ingin mengelakkan diri daripada Hafizul. "Ok, i will be right here and waiting" Hafizul menyambung balik melihat dirinya di cermin. Dia terasa dirinya yang sungguh hebat. Lebih hebat daripada Nadia dan pelajar pelajar lelaki kelas 4 Jaya. 
    
    "Akhirnya! siap!" kata Aed. Aed dengan bangganya bangun dan pergi ke Cikgu Aminah untuk memberikan nama-nama untuk jawatan lain. Aed berasa sungguh puas hati dengan pemilihannya dan berasa mereka juga berasa puas hati.
    "Terima kasih Fared. Kamu boleh duduk" Cikgu Aminah mengambil pen papan putih untuk menulis nama-nama bagi jawatan ketua kebersihan, keceriaan dan AJK.
     Semua tidak sabar hendak melihat siapa yang terpilih. Nadia masih lagi berharap diri dia di pilih walaupun tidak mendapat memengang jawatan ketua tingkatan.
     "Yes!" jerit Nina ambil nampak nama dia berada di sebelah ketua keceriaan. "Taniah Nina" kata Khai.
     Seterusnya ketua kebersihan, semua sedang tertanya tanya, siapakah yang akan ketua kebersihan. Saiful terkejut kerana nama dia tulis. Amir dan Rizal ketawa kerana dia tidak pernah dipilih menjadi ketua kebersihan. Mereka tahu bahawa Saiful selalu menjadi ketua tingkatan pada tahun-tahun lepas. 
     "Kebersihan??!!" menjerit Saiful sambil terbangun. 
     "Kenapa Saiful?" tanya Cikgu Aminah. "Tiada apa cikgu" Saiful duduk semula sambil memandang Aed dengan renungan maut kepadanya.
     Aed buat-buat tidak nampak.
     Dan akhir sekali, 3 orang AJK adalah Liyana, Daniel dan Fara. Fara juga terkejut seperti Saiful tadi. Dia terfikir kenapa dia diberikan jawatan AJK. Mereka tidak tahu bahawa ia adalah cadangan Liyana sebenarnya yang meletakkan Fara sebagai salah satu AJK. Nadia bermasam muka sahaja.

------------------------------------------------------

     Waktu rehat sudah bermula, masing-masing dengan pantasnya terus berlari ke kantin. Zafirah masih lagi berada di dalam kelas. Dia berasa ingin berehat di dalam kelas sahaja tetapi dia tahu pengawas sekolah akan menghalau dia keluar dari kelas. Pemikiran dia masih lagi bermain main tentang 2 tahun lalu.
     "Tak sangka pula kita sama kelas" Zafirah terkejut melihat Zeela sedang berdiri di depan mejanya. Hanya tinggal mereka berdua sahaja di dalam kelas. Kalau boleh dia ingin sahaja menampar Zeela tetapi tangan dia gengam dengan penuh perasaan marah.
     "Nampaknya betul lah apa yang kita orang tekakan, you always gonna be a cheater" Zeela ketawa sekuat hati sambil keluar dari kelas itu. Air mata Zafirah mengalir keluar, mahu sahaja dia berlari keluar dari kawasan sekolah dan pergi ke tempat yang sunyi dan aman.
     Memori dia masih lagi segar, 2 tahun lalu, semasa dalam peperiksaan pertengahan tahun. Zafirah di tangkap kerana meniru jawapan dari buku teks. Dia tidak sangka pula satu sekolah tahu tentang kes itu dan selepas kejadian itu, dia menjadi bahan jenaka kepada pelajar-pelajar lain. Ada yang memanggil dia dengan nama yang sangat keji tetapi dia sangat bersabar kerana dengan dua rakannya yang sentiasa memberikan dia semangat. Ini semua buatan Zeela dan rakan-rakannya. Dia tidak akan berhenti sehingga nampak semangat Zafirah jatuh tetapi Zafirah tetap bangun
    Semasa masuknya peperiksaan akhir tahun, Zafirah berazam akan membuktikan yang dia bukan lagi pelajar yang meniru. Dia bekerja keras untuk mendapatkan markah tinggi dan akhirnya, usaha dia terbukti. Ramai yang sangka dia meniru lagi tetapi dia mengendahkan sahaja kata-kata itu. Dia dapat memasuki kelas yang pertama bersama rakan-rakannya semasa tingkatan 3
   Tetapi malangnya, keputusan PMR nya tidak begitu menyerlah seperti dua sahabat baiknya. Dia berasa begitu tertekan sekali kerana ramai yang mengata di sebalik belakangnya dan lebih malangnya, dia berpisah dengan dua rakan baiknya.
    Zafirah sekarang keseorangan lagi tanpa rakan-rakan baiknya.


No comments: