Sunday, December 9, 2012

Chapter 3

Chapter 3

    Hafizul yang sedang berdiri di tepi tangga, melihat Zafirah yang dalam keadaan sedih dan marah. Selama ini dia tidak pernah berasa simpati terhadap orang lain. Hafizul adalah seseorang yang susah untuk memberi simpati kepada orang tetapi kali ini kenapa dia berasa begitu kasihan dengan Zafirah. Mungkin dia memahami apa yang di lalui oleh Zafirah atau mungkin sebab dia ingin mengenali Zafirah dengan lebih dekat. Seperti pelajar lain juga, Hafizul tidak pernah lupakan kisah hitam Zafirah yang dia pernah lalui 2 tahun lalu. Tidak pernah sekali pun air mata Zafirah mengalir walaupun dia di kutuk dengan teruk sekali. Semua orang tahu yang Zafirah adalah seseorang yang suka menyimpan perasaan sendiri.
    Hafizul tersedar kerana Zafirah terpandang dirinya yang sedang berdiri di tepi tangga dan lalu dia menurun dari tangga. Semasa dia sedang menurun tangga, mata dia terpandang Khai dan pelajar baru iaitu Izhar yang sedang berjalan di koridor sekolah. Antara Khai dan Hafizul, personaliti mereka sangat berbeza. Khai adalah seseorang yang sangat peramah, lebih-lebih lagi kepada pelajar baru dan juga pada pelajar perempuan, tetapi dia bukanlah pelajar yang paling pintar di sekolah. Lain pula dengan Hafizul, dia sebenarnya pandai dan bijak cuma dia tidak pernah hendak menggunakan kepintarannya dan dia suka bangga dengan dirinya yang lebih hebat dari pelajar lain. Setengah kata itu hanya kata-katanya sahaja. Tidak ramai yang suka berkawan dengan dia kerana dia suka merendahkan orang lain terutama sekali yang kurang pandai daripada dia. Hafizul juga selalu membuat kesalahan yang banyak apabila tibanya peperiksaan, sebenarnya dia boleh sahaja menjawap soalan tersebut. Ibu bapa Hafizul selalu berasa hampa apabila melihat keputusan anaknya, dia tahu dia kecewakan mereka tetapi mereka juga membuat Hafizul terasa tertekan. Mereka hendak Hafizul menjadi seorang doktor tetapi itu bukan dia yang nak.
     Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan. Mungkin dia akan tahu nanti apa yang dia ingin, dia akan mencari jawapan itu sampai dapat. Kaki Hafizul sudah berada di tingkat bawah, dia terus sahaja ke kantin tanpa menghiraukan Khai yang sedang rancak berborak dengan Izhar.
   
     Semenjak loceng waktu rehat berbunyi, Khai tidak terhenti-henti berborak mesra dengan Izhar. Dia dengan bangganya menceritakan setiap pelajar di dalam kelas 4 Jaya. Khai kenal setiap pelajar 4 Jaya walaupun tidak pernah bersama kelas sebelum ini, kecuali Nina.
     Izhar dengan penuh sabar, mendengar setiap cerita Khai. "Nina dan saya dah lama kenal, boleh dikatakan setiap tahun kami duduk di dalam kelas yang sama"
     "Tak rasa bosan ke sama kelas dengan dia?" Khai dapat teka yang Izhar akan tanya soalan itu kerana ramai yang suka bertanya soalan yang sama.
     "Nope. Dia kawan baik saya. Between you and me, I only think her as my best friend or a sister" kata Khai. "so my friend, kalau ada hati dengan dia, i will be your wingman"
     Izhar memandang Khai dengan muka serius. "Thank you but no. Tahun nie kena fokus dengan study and no love life. Sorry dude, i don't want to get a bad grade this year and next year too"
     "no problem dude" Khai senyum kepada Izhar dan terus dia meletak tangannya di atas bahu Izhar. Izhar berasa dia dan Khai mungkin akan menjadi kawan baik. Dia agak sedih meninggalkan kawan-kawan lama kerana terpaksa pindah ke sekolah baru. Tahun lalu, markah PMR dia tidak begitu baik dan dia berazam akan fokus untuk SPM. Tiada lagi klub sukan atau mana-mana klub dia akan menyertai.
      Khai melambai lambai ke arah Nina dan Siti Hajar yang sedang menunggu mereka. Sedang Khai dan Izhar berjalan ke arah Nina dan Siti Hajar, mereka tidak sedar Zakwan yang sedang duduk bersendirian di belakang sekolah tepi stor sukan. Dia menyembunyikan diri daripada kena buli dengan pelajar lain terutama sekali dari Zeela dan rakan-rakanya,
     Zakwan sedang duduk bersila di lantai sambil membuka tupperware yang berisikan nasi lemak. Nasi lemak itu adalah kegemaran Zakwan kerana ibu dia yang selalu menyediakan untuk dia semenjak zaman sekolah rendah lagi. Semasa sekolah rendah, dia tidak pernah kena buli tetapi apabila pertama kali dia melangkah masuk ke sekolah menengah, dia terus di buli oleh pelajar lain.
     Dia tidak pernah bercerita kepada ibu dia tentang dirinya yang selalu menjadi mangsa buli kerana dia tidak mahu memberi bebanan kepada ibunya. Dia tahu dia bukan berada dari keluarga yang kaya atau sederhana seperti pelajar lain. Dia tidak mempunyai seorang ayah atau adik beradik, dia hanya ada seorang ibu sahaja. Ibunya tiap-tiap pagi akan pergi berniaga nasi lemak di tepi bus-stop, itu sahaja lah pendapatan ibunya yang ada.
     Zakwan tersenyum bersendirian melihat nasi lemak ibunya. Dia membaca doa makan sebelum menyuap dirinya. Sebelum sempat dia makan nasi lemak itu, tiba-tiba sahaja tupperware dia di tendang oleh seseorang.
    Zakwan memandang sesiapa yang buat dan dia nampak dua orang pelajar dari kelas 4 Maju. Kelas terakhir sekali.
    "Mana duit kami untuk hari ini?" Zakwan senyap sahaja, dia ingin lari daripada mereka berdua tetapi dia tidak mahu dirinya di belasah lagi. "Hai, senyap sahaja hari ini" Zakwan masih lagi berduduk diam.
    Pelajar duduk di depan Zakwan, lalu dia memandang Zakwan dengan senyuman sinisnya. "Kau tak nak kena belasah lagikan, cepat bagi duit. Kita orang dah lapar nie"
    Tangan Zakwan tergetar-getar mengeluarkan duit belajarnya yang tidak seberapa banyak dan lalu dia memberi kepada pelajar itu. Duit sepuluh ringgit itulah yang selalu ibunya berikan, ibunya sentiasa nasihatkan guna duit itu dengan jimat cermat selama seminggu. Duit lalu di rampas dengan ganas sekali. Pelajar itu tergelak kuat dan meninggalkan Zakwan bersendirian.
    Zakwan memandang nasi lemaknya yang berterabur di rumput sekolah. Dia bangun dan mengambil tupperwarenya. Dia melihat sahaja nasi lemak yang berteraburan di rumput sekolah dan lalu air matanya mengalir keluar.
 

   Loceng sekolah sudah berbunyi, pelajar-pelajar semua berjalan menuju ke kelas masing-masing. Suasana begitu riuh-rendah sekali. Ada yang sedang berlari ke tangga, ada yang berjalan dengan pelahan sekali kerana ingin mengelak sesakan ditangga nanti dan ada juga yang masih lagi berada di kantin walaupun sudah di halau oleh pengawas sekolah. Semenjak dari zaman sekolah rendah lagi, Saiful selalu menjadi pelajar pertama yang berada di dalam kelas. Dia selalu berdiri di tangga sekolah, bersiap untuk berlari naik ke atas. Rizal dan Amir pula menjadi orang paling terakhir yang masuk, mereka berdua suka lepak di kantin lama-lama sehingga pengawas menghalau mereka.
  Sebaik sahaja Saiful melangkah masuk ke dalam kelas 4 Jaya, dia nampak Zafirah sedang duduk di tempatnya.
  "Zafirah tak pernah rehat ke?" Zafirah memandang ke belakang dan nampak Saiful sedang berdiri di tepi pintu. Sebelum sempat Zafirah menjawap, Zeela masuk ke dalam kelas dan lalu berkata "Cheater buat apa nak pergi berehat, buat malu diri sendiri aje. Beside, nobody wants to be friend with you. Sahabt baik dia pun dah lari ke asrama penuh sebab dapat kawan macam dia. You just a sad sad little kitten"
   Hati Zafirah semakin panas, dia cuba bertenang tetapi dia tidak boleh lagi mengawal perasaan dia. Zafirah lalu bangun dan menghentak meja dia dengan tangan. Dia dengan perasan marahnya terus pergi ke Zeela yang sedang berborak dengan Eza dan Ita.
   "You think yourself are better than everyone else. Oh please, got look into the mirror. Sebelum ini kau bukan lah seperti yang kami lihat. Oh yes, I know the real you before this. The pathetic loser you are, the fat Zeela with no minions to control them around. You want to erase the past you, so people can see the new you. People will see you as the skinny wannabe bitch and forget about your loser past but I won't. oh honey, you're not the controller of this school"
   Zeela berdiri depan Zafirah dan lalu menolak Zafirah dengan kuatnya. Zafirah hampir jatuh ke belakang tetapi dia dapat mengawal dirinya daripada jatuh.
   "Itu sahaja yang kau boleh bagikan. Bring it on cheater" kata Zeela sambil dia gelakan Zafirah.
   "I will bring it" Zafirah pula menolak Zeela. Pelajar lain sudah mula berasa takut, mereka memanggil nama Aed dan suruh dia berhentikan mereka berdua sebelum kejadian yang lebih teruk berlaku.
   "Aed, buat sesuatu" kata Syu yang sudah mula takut. "Jangan takutkan aku Syu. Aku bukannya tegas macam kau. Apa kata kau yang buat"
    "Excuse me! Aed, kau kan ketua tingkatan, kau lah kena buat sesuatu" marah Syu kepada Aed sambil memijak kaki Aed.
    "Hye loser! you and your minions won't last long in this school! and I'm not afraid of you. You want war, I will give you war!" jerit Zafirah. Sebelum Zeela mengangkat tangannya untuk menampar Zafirah, Saiful menjerit dengan muka yang merah garang "ENOUGH!!! ini baru hari pertama, dah buat hal! selamat tiada guru yang lalu lalang dan nampak korang berdua bergaduh" Suara garang tadi membuatkan semua terkejut.
    Zeela dan Zafirah berdiri senyap. Kelas 4 Jaya menjadi senyap seketika. "Dah! yang dekat luar tue, boleh balik ke kelas masing-masing. Tiada apa lagi nak tengok. Show is over people!!" Dengan senyapnya, semua bersurai dan pelajar-pelajar 4 Jaya terus ke tempat masing-masing
   Aed berasa sangat lega kerana pergaduhan tadi sudah dihentikan oleh Saiful tetapi pemikirannya tertanya-tanya, adakah dia boleh mengawal kelas ini? Dia ada Syu sebagai penolong ketua tingkatan tetapi dia ketua, dia perlu menjadi pemimpin yang baik dan dapat selesaikan segala masalah. Adakah Cikgu Aminah membuat kesilapan besar melantik dirinya sebagai ketua tingkatan. Aed duduk dengan senyap kerana pemikirannya penuh dengan persoalan dan Raja buat pertama kalinya melihat kawan baiknya begitu senyap sekali. Tidak pernah pula selama ini Raja nampak Aed begitu senyap, dia dapat rasakan yang Aed rasa bersalah kerana tidak hentikan pergaduhan tadi.
   Saiful pergi ke tempat Zafirah dengan muka seriusnya. "Zafirah, lepas sekolah aku nak bercakap dengan kau sebentar"
   "fine, Aku jumpa kau dekat kantin nanti" kata Zafirah sambil membaca buku teks Sejarah. Dia tahu Saiful akan memberi ceramah kepada dirinya.
 


1 comment:

qylah said...

tamabahkan lagi konflik